Perkembangan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Bermula pada tahun 1965, apabila 3 orang guru yang mendapat latihan di England kembali berkhidmat di Malaysia. Sehingga 1968, seramai 9 orang guru telah mendapat latihan di luar negara. Program pendidikan pemulihan di Malaysia bermula sebagai ‘Pilot Projek’ di sembilan buah sekolah rendah di seluruh Malaysia. Projek ini telah bermula di awal tahun 1967 dan berakhir pada tahun 1970. Pendidikan Pemulihan sangat diperlukan bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran.
Pendidikan Pemulihan telah disediakan di kebanyakan sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Hal ini demikian adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Tanpa bantuan, mereka akan gagal dalam membina keyakinan diri untuk belajar dan mereka juga akan tercicir daripada sistem persekolahan sejak awal lagi.
Pada permulaannya, Pendidikan Pemulihan tidak banyak disediakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan hanya disediakan di beberapa sekolah sahaja. Kemudahan di kelas pemulihan tidak lengkap dan kelasnya tidak dihiasi dengan cantik seperti menampal huruf-huruf yang berwarna-warni. Guru yang berperanan untuk mengajar murid-murid pemulihan juga tidak berprofesional kerana kebanyakan guru tidak mengambil subjek Pendidikan Pemulihan sebagai major mereka di Institut Pendidikan Guru dan mereka disuruhkan untuk mengajar subjek Pendidikan Pemulihan. Guru-guru tersebut tidak mengetahui strategi yang sesuai untuk mengajar murid-murid dan tidak memahami ciri-ciri bagi murid serta konsep pendidikan pemulihan. Pada masa itu, pihak kerajaan tidak mengambil berat kepada murid-murid yang tidak boleh menguasai 3M. Mereka tidak menyedarkan murid-murid tersebut akan memberi kesan kepada negara kita. Sekiranya guru-guru mendidik murid-murid pemulihan dengan sabar dan menggunakan strategi yang sesuai, murid-murid yang mengalami masalah akan berjaya dan boleh menjadi modal insan yang seimbang serta memberi sumbangan kepada negara.
Pihak kerajaan ingin memastikan semua murid menguasai kemahiran asas kecuali murid berkeperluan khas. Dengan ini, mereka mula membuka kelas Pendidikan Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Sekarang kebanykan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempunyai kelas pemulihan. Kebanyakan murid-murid yang berbangsa Cina mengalami masalah tersebut kerana orang Cina lebih lemah dalam bahasa Melayu dan perlu masuk kelas pemulihan dengan segera supaya boleh memasuki ke kelas biasa secepat mungkin. Murid-murid dapat meneruskan pembelajaran di kelas biasa selepas mereka telah dipulihkan dalam bahasa atau subjek yang lemah. Keyakinan diri dan bersikap positif di dalam diri murid yang lemah dapat dibina terhadap pembelajaran mereka.
Guru yang mengajar Pendidikan Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga menjadi lebih baik dan profesional. Pihak kerajaan telah membuka kelas yang lebih banyak bagi kursus Pendidikan Pemulihan di Institut Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang berkualiti. Pihak sekolah juga mengambil berat terhadap ciri-ciri guru yang perlu mengajar Pendidikan Pemulihan. Kebanyakan guru yang mengajar Pendidikan Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina telah menunjukkan minat terhadap kerjaya mereka. Mereka berpengetahuan tinggi tentang pendidikan pemulihan. Mereka telah bersedia mempelbagaikan kaedah pengajaran yang stereotaip. Mereka dapat membentuk soalan-soalan diagnostik yang baik dan sesuai serta dapat menganalisis hasil ujian diagnostik dengan tepat dan mengkategorikan pelajar. Guru yang mempelajari Pendidikan Pemulihan, mereka boleh melaksanakan program pengajaran pemulihan dengan berkesan dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
Kemudahan yang disediakan dalam bilik pendidikan pemulihan juga amat baik dan lengkap. LCD juga ada disediakan di kebanyakan sekolah yang mempunyai kelas Pendidikan Pemulihan. Pengajaran dan Pembelajaran yang kreatif amat penting kepada murid-murid pemulihan. Dengan ini, guru menggunakan LCD supaya boleh menunjukkan tayangan yang berkaitan dengan topik yang perlu diajar kepada murid dan dapat menarik perhatian murid-murid. Dinding juga akan dicatkan dengan cat yang berwarna-warni dan menampal huruf-huruf serta gambar-gambar supaya keadaan di bilik pendidikan pemulihan adalah harmoni. Murid-murid akan berasa selasa apabila mereka boleh belajar dalam keadaan yang selesa. Tegasnya, ini akan menarik perhatian mereka semasa P&P dan membantu mereka dalam perkembangan bahasa mereka.

Pelaksanaan program Pendidikan Pemulihan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina semakin berkembang. Hal ini akan membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu. Semua pihak harus bekerjasama dan mengambil berat tentang perkara ini supaya dapat membentuk modal insan yang seimbang dan dapat memperkembangan negara kita.  

No comments:

Post a Comment