1. . Masalah Membaca
Membaca merupakan
satu proses pemindahan simbol-simbol yang dibaca kepada otak untuk ditafsirkan diberi
makna. Terdapat beberapa masalah utama dalam penguasaan kemahiran membaca
seseorang murid, murid selalunya keliru dengan bentuk huruf yang seakan akan
sama seperti h dan n, c dan e. Murid juga menghadapi masalah dalam bentuk huruf
terbalik seperti w dan m, u dan n serta huruf-huruf berbentuk songsang, iaitu p
dan q, b dan d. Bukan itu sahaja, bunyi huruf yang seakan-akan sama seperti b
dan p, d dan t juga akan mengelirukan murid. Murid akan salah berbunyi suku
kata seperti lari disebut ‘lali’ serta salah menyebut perkataan kerana
perkataan yang seakan-akan sama rupa seperti rumput disebut ‘rambut’. Terdapat
juga murid yang tidak berupaya membaca dengan intonasi yang tepat, seringkali
meninggalkan perkataan dalam ayat, walaupun mereka boleh mengeja tetapi tidak
dapat menyebut perkataan dan teragak-agak untuk membaca.
1 Masalah Menulis
Murid Pendidikan
Pemulihan akan mengalami masalah cara penulisan perkataan-perkataan tidak
seimbang. Selain itu, huruf yang ditulis oleh mereka akan condong ke atas atau
ke bawah, jarak huruf tidak seragam, huruf-huruf tidak mengikut garisan,
mencampuradukkan antara huruf besar dan kecil dan meninggalkan huruf semasa
menyalin ayat. Bukan itu sahaja, murid Pendidikan Pemulihan juga akan menulis
huruf-huruf secara bertindah-tindih, jarak penulisan antara huruf adalah tidak
seimbang dan jarak di antara perkataan adalah tidak sesuai.
Masalah Mengira
Selain daripada
membaca dan menulis, masalah mengira juga sering dihadapi oleh murid Pendidikan
Pemulihan. Murid akan keliru dengan nilai nombor dan keliru semasa menulis
angka belas. Di samping itu, mereka tidak boleh mengenal angka, tidak boleh
menulis angka dengan betul dan tidak boleh melengkapkan nombor mengikut turutan
menaik atau menurun. Mereka juga sering menghadapi masalah dalam pengusaan
operasi asas, iaitu operasi tambah, operasi tolak, operasi darab dan operasi
bahagi.
No comments:
Post a Comment