Murid-murid pemulihan boleh dikenalpasti melalui ciri-cirinya yang berbeza dengan rakan sebaya mereka. Robial Kulop (1992) menyatakan bahawa kanak-kanak lambat sebagai kanak-kanak yang lemah dan kurang berkemampuan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain. Terdapat tiga kategori kanak-kanak pemulihan yang dinyatakannya iaitu:
- Kanak-kanak lemah perkembangan mental serta mengalami kecacatan-kecacatan yang lain. Antaranya gangguan kesihatan, kemahiran berbahasa yang terhad dan mengalami gangguan emosi.
- Kanak-kanak yang kerap ponteng sekolah dan berlatar belakangkan keluarga susah.
- Mengalami kesukaran khusus dari segi bacaan dan penulisan serta menjadi punca pencapaian rendah dalam hampir kesemua mata pelajaran.
- Tahap penguasaan sesuatu kemahiran seperti kemahiran lisan, bacaan ataupun penulisan adalah lambat.
- Tidak boleh atau lemah dari segi mengubah ilmu pengetahuan kepada situasi pembelajaran yang lain.
- Lambat untuk mengenal pasti sesuatu perkataan dari segi sebutan dan makna.
- Sering lupa mengenai apa yang telah diajar oleh guru.
- Tidak berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
- Lemah dari segi pengamatan, pendengaran dan penglihatan.
- Sentiasa bersendirian dan bersikap negatif seperti rendah diri dan mudah putus asa.
- Kerap ponteng sekolah dan bermasalah tingkah laku.
- Seorang yang pendiam, pemalu dan sukar untuk bertindak balas.
Bagi murid-murid pemulihan, terdapat
beberapa kategori bagi ciri-ciri mereka, iaitu emosi dan tingkah laku, sosial,
kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan. Ciri-ciri murid pendidikan
pemulihan akan dibincangkan dalam aspek-aspek tertentu, iaitu:
Emosi
dan tingkah laku bagi kanak-kanak pemulihan ialah mereka akan berasa risau dan
rendah diri. Mereka juga akan berasa sedih atau hiba atau duka, berasa cepat
bosan atau jemu terhadap pelajaran dan berasa takut akan perkara-perkara baru.
Mereka merupakan individu yang degil, tidak patuh kepada peraturan-peraturan
dan suka melawan.
Dari
segi sosial, kanak-kanak pemulihan akan berasa gelisah dan selalu bergerak di
dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan. Murid-murid yang lain akan benci
kepadanya. Kanak-kanak pemulihan juga banyak mempunyai perangai ganjil seperti
menghisap atau menggigit jari dan mereka selalu tidak hadir ke sekolah dengan
berbagai-bagai alasan. Mereka suka berbohong dan kadang-kadang mencuri.
Aspek
kesihatan bagi kanak-kanak pemulihan ialah tubuh badan mereka lemah dan
kekurangan zat makanan. Mereka mempunyai pertumbuhan tubuh badan yang tidak
seimbang, iaitu gemak ataupun kurus. Tumpuan perhatian mereka adalah terhad dan
mereka lemah dalam gerak moto-kasar dan halus. Selain itu, kesihatan mereka
terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Dalam
kesediaan belajar, kanak-kanak pemulihan belum bersedia untuk belajar.
Perbendaharaan kata mereka adalah kurang dan mereka lemah dalam pemahaman.
Mereka juga kurang percaya terhadap diri sendiri.
Dari
segi pengamatan, kanak-kanak pemulihan tidak boleh kenal bentuk atau perbezaan
turutan. Mereka lemah dalam pendengaran bunyi, keliru terhadap konsep ruang dan
mencari arah, lambat mengkelaskan benda dan kesukaran mengaitkan pelajaran yang
lama dengan yang baharu. Sementelahan itu, kanak-kanak pemulihan tidak dapat
menyelesaikan masalah, sukar buat kenyataan am dan sukar ambil bahagian dalam
permainan serta tidak faham undang-undang. Mereka juga tidak dapat membuat
kerja-kerja yang kreatif, lemah pergerakan dan perbuatan, lemah daya pemikiran
dan tidak boleh mengingat kembali.
No comments:
Post a Comment